Assalamualaikum / Salam Satu Malaysia.
Saya Presiden
Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia mewakili semua ahli Kelab Anti Jenayah
& Dadah Malaysia di seluruh negara ingin melahirkan perasaan yang amat
sedih atas insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang sudah masuk hari ke sembilan
hari ini. Kejadian ini merupakan satu ujian kepada rakyat dan negara kita Malaysia.
Untuk menyelesaikan masalah ini ianya memerlukan kesabaran,ketabahan untuk menanganinya
kerana ia perlu mengambil kira hati dan perasaan banyak pihak yang terlibat
dalam insiden ini terutamanya keluarga penumpang dan kakitangan MH370 yang
berada dalam pesawat yang hilang ini. Saya amat yakin dengan kemampuan Kerajaan
Malaysia untuk menangani masalah ini dengan cara yang terbaik berdasarkan
rekod-rekod masa lalu serta mempunyai hubungan yang amat baik dengan semua negara
di dunia.
Kepada semua ahli Kelab Anti Jenayah & Dadah
Malaysia di seluruh negara saya ingin menasihatkan supaya tidak membuat apa-apa
spekulasi atau menyebarkan khabar-khabar
angin dan berita-berita yang tidak berasas secara terbuka kerana ianya boleh menganggu
proses siasatan dan menyulitkan lagi keadaan. Sekiranya ada apa-apa maklumat
yang berguna dan boleh membantu siasatan insiden ini, ianya hendaklah
dilaporkan pada pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan kes ini untuk
dianalisa dan disahkan terlebih dahulu.
Bagi membantu,meluahkan rasa sedih dan simpati kita,marilah
kita berdoa kepada Allah s.w.t (untuk umat islam) serta penganut-penganut semua
agama di Malaysia sama-sama berdoa menurut kepercayaan masing-masing agar
insiden ini dapat diselesaikan dengan segera dan MH370,penumpang serta anak
kapal kembali dengan selamat.
No comments:
Post a Comment