1. Untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada ahli,mengamalkan
disiplin,menghormati Perlembagaan Negara,mengamalkan Rukun
Negara,bersatu-padu,hormat menghormati di antara kaum yang berbilang bangsa dan
agama untuk membina kekuatan menuju satu matlamat dalam memakmur dan
mengekalkan keamanan di Malaysia.
2. Menggalakkan ahli-ahli menyemai semangat bekerjasama untuk
membantu masyarakat dan berganding bahu dengan Agensi Kerajaan khususnya untuk
menghindari kejadian Jenayah,Dadah dan lain-lain aktiviti yang tidak bermoral
bagi mencapai hasrat kehidupan komuniti lebih selamat,harmoni dan aman.
3.Menjadi satu Pusat Informasi ( Command Centre ) untuk membantu
khususnya Pihak Kerajaan menyalurkan informasi serta maklumat berkaitan
program-program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mahu pun
Kerajaan Pusat untuk rakyat,khususnya dalam bidang Pendidikan,Kemahiran,Peluang
Perniagaan,Bantuan Kewangan,kursus-kursus kemahiran jangka pendek atau jangka
panjang,peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain supaya ianya dapat disalurkan
sehingga ke akar umbi terutamanya bagi masyarakat di luar bandar dengan
pelbagai kaedah seperti hebahan poster/banner serta melalui Media Massa dan
Elektronik
4.Menjadi sebagai satu jambatan atau landasan kepada ahli-ahli
kususnya dengan pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat untuk menyampaikan
apa-apa permasalahan yang timbul di kalangan masyarakat setempat kepada Pihak
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat bagi penambahbaikan dengan secara
teratur,beretika dan menurut sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di
Malaysia dengan saluran yang betul tanpa menganggu gugat keamanan Negara.
5.Memupuk serta menanam jati diri yang kuat serta semangat
Patriotik dan Cintakan Negara di kalangan ahli.
6.Menanamkan rasa kesedaran dan didikan betapa pentingnya
mengamalkan kehidupan tanpa Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah di kalangan ahli
khususnya dan masyarakat amnya.
7.Menjalankan serta melaksanakan program-program yang akan memberi
kesan positif dari segi sokongan pada pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat
untuk menarik minat ahli-ahli bukan Melayu untuk menyertai Pasukan
Keselamatan,khususnya Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
8.Menjadi platform dan Pusat Informasi ( Command Centre ) untuk
ahli-ahli menyalurkan maklumat yang berkaitan Jenayah,Dadah,Pendatang
Haram,Pemerdagangan Manusia,Penderaan Kanak-Kanak dan lain-lain Jenayah yang
boleh memudaratkan serta menganggu gugat keamanan Negara. Maklumat ini akan
disalurkan secara formal dan teratur kepada Jabatan dan Agensi yang berkaitan
supaya tindakan Pencegahan Jenayah dan Dadah serta Jenayah lain dapat ditangani
dan dibanteras dengan lebih berkesan dan jayanya.
No comments:
Post a Comment