Wednesday, 15 January 2014

BERIKUT ADALAH ''AKU JANJI'' UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA YANG INGIN MENYERTAI KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA.

1. Akan sentiasa taat setia kepada YANG DIPERTUAN AGONG dan tidak akan melakukan perbuatan atau perlakuan yang mendatangkan  kebencian,penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap YANG DIPERTUAN AGONG dan RAJA-RAJA.

2. Akan menghormati PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan tidak akan melakukan perbuatan dan  perlakuan yang mempersoalkan apa-apa perkara,hak,taraf kedudukan,keistimewaan,kedaulatan, prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau perkara 151,153, dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

3. Akan menghormati dan mengeratkan perpaduan antara kaum dan tidak akan melakukan perbuatan atau perlakuan yang mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Negara ini.

4. Tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang pengaruh atau tekanan dari dalam atau luar Negara untuk memecahkan keamanan NEGARA MALAYSIA,mencemarkan dan merosakkan imej KERAJAAN MALAYSIA.

5. Akan menerapkan nilai-nilai murni terhadap sesama ahli,semua RAKYAT MALAYSIA dan WARGANEGARA ASING yang berada di MALAYSIA.

6.  Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan aktiviti dalam KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA untuk faedah diri sendiri atau mendapatkan RASUAH.

7. Tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berunsurkan JENAYAH,DADAH,atau apa-apa KEGIATAN YANG TIDAK BERMORAL.

8. Akan bekerjasama dengan semua Agensi-agensi Penguatkuasa khususnya KEMENTERIAN DALAM NEGERI,POLIS DI RAJA MALAYSIA,AGENSI DADAH  KEBANGSAAN,JABATAN NARKOTIK,SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH,JABATAN IMIGRESEN  dan lain-lain agensi penguatkuasa untuk membanteras kegiatan JENAYAH,DADAH,RASUAH dan lain-lain aktiviti yang boleh menjejaskan dan memudaratkan keamanan Negara MALAYSIA.

9. Akan mengguna pakai dan mematuhi undang-undang yang diperuntukkan mengikut Kanun Prosedur Jenayah Seksyen 11,12,13 dan 27 atau apa undang-undang lain yang diperuntukkan semasa menjalankan aktiviti Pencegahan Jenayah,Dadah dan lain-lain khususnya untuk menyalurkan maklumat dan menjalankan tangkapan.

10. Bersetuju dan bersedia menghadiri UJIAN DADAH yang dianjurkan oleh pihak KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA  bersama JABATAN NARKOTIK dan AGENSI DADAH KEBANGSAAN pada bila-bila masa.


BAGI SESIAPA YANG BERMINAT SILA MEMAKLUMKAN KEPADA SAYA.

No comments:

Post a Comment