Sunday, 1 March 2015

TEGURAN SERTA NASIHAT TUAN PRESIDEN

Assalamualikum / Salam sejahtera, saya Ammir Hamzah bin Abdul Hamid Presiden Kelab Anti Jenayah &Dadah Malaysia ingin menasihatkan kepada semua Jawatan Kuasa, Ketua Negeri, Ketua Daerah, Ketua Zon, dan semua ahli Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia supaya tidak menggunakan kedudukan di dalam Kelab untuk tujuan berpolitik atau untuk membantu mana mana parti politik yang mempunyai agenda berpolitik. Sebarang program yang melibatkan orang2 politik hendaklah dimaklomkan secara bersurat kepada setiausaha agong kelab 2 minggu sebelum program untuk dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi terlebih dahulu. Arahan ini amat jelas dan mesti dipatuhi demi menjaga imej kelab yang berfungsi menjaga Keselamatan Negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara dan ianya bertentangan dengan misi / visi Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia. Tindakan tegas penggantungan keahlian akan dilaksanakan jika arahan ini tidak dipatuhi.
UNTUK PERHATIAN :-
Timbalan Presiden, Naib Presiden, Jawatan Kuasa, Ketua Negeri, Ketua Daerah, Ketua Zon. Surat arahan akan menyusul.
Terima Kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
Ammir Hamzah Bin Abdul Hamid.

No comments:

Post a Comment