Assalamualikum / Salam sejahtera, saya Ammir Hamzah bin Abdul Hamid Presiden Kelab Anti Jenayah &Dadah Malaysia ingin menasihatkan dan mengeluarkan arahan larangan kepada semua Jawatan Kuasa, Ketua Negeri, Ketua Daerah, Ketua Zon, dan semua ahli Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia supaya mengelakan dari melibatkan dari, membantu, menyokong atau berurusan dengan apa apa kegiatan atau aktiviti yang berunsurkan keganasan, kekerasan diskriminasi atau provokasi yang boleh memecahkan keamanan dan mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.Perkara ini amat penting diberi perhatian utama dan perlu pencegahan awal kerana akibat dari masaalah ini akan menyebabkan kesan yang amat negatif yang boleh mengancam Keselamatan, kesejahteraan, imej, ekonomi negara dan merosakan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan fahaman agama dinegara kita. Negara kita Malaysia di perakui dimata dunia antara negara terbaik dari cara melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi,keamanan, ekonomi, tahap jenayah yang amat rendah dan terkawal.Keamanan, Adat resam,budaya dan budi pekerti yang amat tinggi yang menjadi amalan kita selama ini menjadi faktor utama kebanjiran pelabur dan pelancong membanjiri negara kita yang memberikan sumbangan besar pada ekonomi kita dan negara kita.Pelabur dari serata dunia meletakan Malaysia sebagai negara pilihan mereka untuk melabur dalam sekala yang besar dan untuk jangka masa yang panjang kerana keyakinan mereka.Ini amat penting bagi ekonomi kita dan generasi kita akan datang.Akhir2 ini kita terdengar ada beberapa orang yang mengaku rakyat Malaysia cuba membuat huru hara,antaranya CUBA MELETUPKAN MAHKAMAH, MENGANCAM UNTUK MEMBUNUH KETUA POLIS NEGARA, MEYERTAI /CUBA MEYERTAI,MEMBANTU, MENYOKONG PENGGANAS DAN KEGANASAN, MENGHIDUPKAN KEMBALI IDEALOGI KOMINIS, MENYEMARAKAN KONGSI GELAP, MENERAPKAN IDEALOGI POLITIK KOTOR yang membawa kepada rusuhan, perpecahan kaum dan dan lain2 activiti tidak sihat untuk memecahkan keamanan, mengancam Keselamatan Negara dan merosakan sistem demokrasi yang kita amalkan sekian lama dan telah terbukti dapat memberi kesejahteraan pada semua bangsa negara kita. Ancaman2 ini tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan komitmen semua rakyat Malaysia untuk membendung dan mencegahnya.Saya ingin menyatakan dengan jelas disini saya yang telah melibatkan diri dengan banyak NGO, sering berurusan dengan semua etnik di Malaysia dan sering membuat kajian tentang Keselamatan mendapati PERBUATAN, FAHAMAN, IDEOLOGI, CITA2 DAN CARA HIDUP SEGELINTIR MANUSIA KEJI INI 'TIDAK MENCERMINKAN LANGSUNG ADAT RESAM,BUDAYA, IDEOLOGI, FAHAMAN SEMUA AGAMA,CARA HIDUP DAN CITA2 KITA RAKYAT MALAYSIA' yang berbilang kaum dan agama.Kepada semua warga Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia saya ingin mengingatkan diri saya dan semua ahli di seluroh Malaysia supaya sentiasa memberi keutamaan terhadap masaalah ini, mengelakan diri dari melibatkan diri, membantu, menyokong atau merelakan aktiviti keji ini dari berleluasa dan sentiasa memantau pergerakan ahli keluarga,sesama ahli Kelab, rakan2 dan masyarakat setempat atas rasa tanggung jawap, sayangkan negara dan sayangkan keluarga kita sebelum mereka ditangkap,didakwa,dijatuhi hukuman gantong sampai mati,dipenjara seumur hidup, dirotan, ditembak mati semasa mengganas, atau dibunuh oleh pengganas.Tiada kompromi untuk aktiviti yang menjijikan ini..Cegah sebelum terlambat. Salorkan maklumat pada pihak berkuasa atau menghubungi Ibu Pejabat Kelab Anti Jenayah &Dadah. Malaysia untuk nasihat dan bantuan. Arahan ini amat jelas dan termaktub dalam 'AKU JANJI AHLI WARGANEGARA' yang telah kita tandatangani dan mesti dipatuhi demi menjaga imej kelab yang berfungsi menjaga Keselamatan Negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara.Aktiviti ini amat bertentangan dengan misi / visi Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia. Tindakan tegas penggantungan keahlian akan dilaksanakan dan maklumat akan disalorkan pada pihak berkuasa untuk siasatan secara formal tanpa kompromi.Sila pastikan arahan ini dipatuhi. 'BERSATU MENCEGAH JENAYAH &DADAH 'Cc.Timbalan Presiden, Naib Presiden, Jawatan Kuasa, Ketua Negeri, Ketua Daerah, Ketua Zon. Surat arahan akan menyusul.. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment