Sunday, 16 March 2014

GAMBAR PRESIDEN KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA BERSAMA BEBERAPA AHLI KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA


''KAMI WARGA KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA MEMOHON DOA DAN HARAPAN AGAR PESAWAT MH370,PENUMPANG DAN ANAK KAPAL KEMBALI DENGAN SELAMAT''
















TUJUAN DAN MATLAMAT KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA

1. Untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada ahli,mengamalkan disiplin,menghormati Perlembagaan Negara,mengamalkan Rukun Negara,bersatu-padu,hormat menghormati di antara kaum yang berbilang bangsa dan agama untuk membina kekuatan menuju satu matlamat dalam memakmur dan mengekalkan keamanan di Malaysia.

2. Menggalakkan ahli-ahli menyemai semangat bekerjasama untuk membantu masyarakat dan berganding bahu dengan Agensi Kerajaan khususnya untuk menghindari kejadian Jenayah,Dadah dan lain-lain aktiviti yang tidak bermoral bagi mencapai hasrat kehidupan komuniti lebih selamat,harmoni dan aman.

3.Menjadi satu Pusat Informasi ( Command Centre ) untuk membantu khususnya Pihak Kerajaan menyalurkan informasi serta maklumat berkaitan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Pusat untuk rakyat,khususnya dalam bidang Pendidikan,Kemahiran,Peluang Perniagaan,Bantuan Kewangan,kursus-kursus kemahiran jangka pendek atau jangka panjang,peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain supaya ianya dapat disalurkan sehingga ke akar umbi terutamanya bagi masyarakat di luar bandar dengan pelbagai kaedah seperti hebahan poster/banner serta melalui Media Massa dan Elektronik

4.Menjadi sebagai satu jambatan atau landasan kepada ahli-ahli kususnya dengan pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat untuk menyampaikan apa-apa permasalahan yang timbul di kalangan masyarakat setempat kepada Pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat bagi penambahbaikan dengan secara teratur,beretika dan menurut sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia dengan saluran yang betul tanpa menganggu gugat keamanan Negara.

5.Memupuk serta menanam jati diri yang kuat serta semangat Patriotik dan Cintakan Negara di kalangan ahli.

6.Menanamkan rasa kesedaran dan didikan betapa pentingnya mengamalkan kehidupan tanpa Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah di kalangan ahli khususnya dan masyarakat amnya.

7.Menjalankan serta melaksanakan program-program yang akan memberi kesan positif dari segi sokongan pada pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat untuk menarik minat ahli-ahli bukan Melayu untuk menyertai Pasukan Keselamatan,khususnya Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

8.Menjadi platform dan Pusat Informasi ( Command Centre ) untuk ahli-ahli menyalurkan maklumat yang berkaitan Jenayah,Dadah,Pendatang Haram,Pemerdagangan Manusia,Penderaan Kanak-Kanak dan lain-lain Jenayah yang boleh memudaratkan serta menganggu gugat keamanan Negara. Maklumat ini akan disalurkan secara formal dan teratur kepada Jabatan dan Agensi yang berkaitan supaya tindakan Pencegahan Jenayah dan Dadah serta Jenayah lain dapat ditangani dan dibanteras dengan lebih berkesan dan jayanya. 


PRAY FOR MH370

Assalamualaikum / Salam Satu Malaysia.

          Saya Presiden Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia mewakili semua ahli Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia di seluruh negara ingin melahirkan perasaan yang amat sedih atas insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang sudah masuk hari ke sembilan hari ini. Kejadian ini merupakan satu ujian kepada rakyat dan negara kita Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah ini ianya memerlukan kesabaran,ketabahan untuk menanganinya kerana ia perlu mengambil kira hati dan perasaan banyak pihak yang terlibat dalam insiden ini terutamanya keluarga penumpang dan kakitangan MH370 yang berada dalam pesawat yang hilang ini. Saya amat yakin dengan kemampuan Kerajaan Malaysia untuk menangani masalah ini dengan cara yang terbaik berdasarkan rekod-rekod masa lalu serta mempunyai hubungan yang amat baik dengan semua negara di dunia.

Kepada semua ahli Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia di seluruh negara saya ingin menasihatkan supaya tidak membuat apa-apa spekulasi  atau menyebarkan khabar-khabar angin dan berita-berita yang tidak berasas secara terbuka kerana ianya boleh menganggu proses siasatan dan menyulitkan lagi keadaan. Sekiranya ada apa-apa maklumat yang berguna dan boleh membantu siasatan insiden ini, ianya hendaklah dilaporkan pada pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan kes ini untuk dianalisa dan disahkan terlebih dahulu.

Bagi membantu,meluahkan rasa sedih dan simpati kita,marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t (untuk umat islam) serta penganut-penganut semua agama di Malaysia sama-sama berdoa menurut kepercayaan masing-masing agar insiden ini dapat diselesaikan dengan segera dan MH370,penumpang serta anak kapal kembali dengan selamat.