Monday, 13 April 2015

SURAT AKU JANJI (WARGANEGARA)

Dengan ini saya sebagai seorang ahli KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA dengan sesungguhnya berjanji akan mematuhi segala peraturan - peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA . Saya juga berjanji bahawa saya  :-

1. Akan sentiasa taat setia kepada YANG DIPERTUAN AGONG  dan tidak akan melakukan perbuatan atau perlakuan yang mendatangkan kebencian , penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap YANG DIPERTUAN AGONG dan RAJA-RAJA.


2. Akan menghormati PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan tidak akan melakukan Perbuatan atau Perlakuan yang mempersoalkan apa-apa perkara Hak, Taraf Kedudukan, Keistimewaan, Kedaulatan , Prerogatif yang telah ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Pesekutuan.


3. Akan menunaikan tanggungjawab saya sebaik-baiknya dan memberi keutamaan pada Kebajikan Ahli Keluarga Saya dan mereka yang menjadi tanggungjawab saya.


4. Akan Menghormati dan Mengeratkan Perpaduan Antara Kaum dan tidak akan melakukan PERBUATAN atau PERLAKUAN yang mengembangkan NIAT JAHAT dan PERMUSUHAN antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan bangsa di negara ini.


5. Tidak akan membawa atau  cuba membawa sebarang pengaruh atau tekanan dari dalam atau luar negara untuk Memecahkan Keamanan NEGARA MALAYSIA, atau merosakkan imej KERAJAAN MALAYSIA.


6. Tidak akan Mengiktirafkan, Membantu, Memberi sokongan pada mana-mana individu, NGO, atau sesiapa sahaja sama ada langsung atau tidak langsung untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang / peraturan-peraturan NEGARA MALAYSIA untuk memecahkan keamanan NEGARA MALAYSIA.


7. Akan menerapkan nilai-nilai murni sesama ahli semua RAKYAT MALAYSIA dan WARGANEGARA ASING yang berada di MALAYSIA.


8. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan aktiviti dalam KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA untuk faedah diri sendiri atau mendapatkan RASUAH.


9.Tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berunsurkan JENAYAH, DADAH, atau apa-apa KEGIATAN YANG TIDAK BERMORAL.


10. Akan bekerjasama dengan semua Agensi-agensi Penguatkuasa khususnya KEMENTERIAN DALAM NEGERI, POLIS DIRAJA MALAYSIA, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, JABATAN NARKOTIK, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH, JABATAN IMIGRESEN dan lain-lain agensi penguatkuasa untuk membanteras kegiatan JENAYAH, DADAH, RASUAH dan lain-lain aktiviti yang boleh menjejaskan dan memudaratkan keamanan NEGARA MALAYSIA.


11 . Akan mengguna pakai dan mematuhi undang - undang yang diperuntukkan kepada saya mengikut Kanun Prosedur Jenayah Seksyen 11,12,13 dan 27 atau apa undang-undang lain yang diperuntukan kepada saya semasa menjalankan aktiviti Pencegahan Jenayah, Dadah dan lain-lain khususnya untuk menyalurkan maklumat dan menjalankan tangkapan.


12. Saya juga bersetuju dan bersedia menghadiri UJIAN DADAH yan dianjurkan oleh pihak KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA bersama JABATAN NARKOTIK dan AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN pada bila-bila masa.


Saya sesungguhnya faham, bersetuju dan membenarkan sekiranya saya terlibat dalam kegiatan Jenayah, Dadah atau apa-apa aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang MALAYSIA yang sedang berkuatkuasa, pihak Jawatankuasa KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA BOLEH MENDEDAHKAN MAKLUMAT DAN BEKERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA yang berkaitan untuk diambil tindakan undang- undang kepada diri saya. Jika saya disabitkan kesalahan maka keahlian saya dalam KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA akan ditamatkan serta-merta.


No comments:

Post a Comment