Monday, 2 September 2013

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH

 Sumber Borang Maklumat Balik Kampung PDRM

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH 


Bila kes pecah rumah sering berlaku?


1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang
mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah
tidak mengenali antara satu sama lain.

3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalamaspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumahwalaupun untuk masa yang singkat.

2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.

4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang barujika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewarumah bertukar.

6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yangselamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti
bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
(guna timer, alat kawalan waktu).


9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefonberdering berterusan ataupun pasang sistempesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada dirumah).

10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polisuntuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antarakomuniti dan polis.

11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungidan juga talian balai polis yang berhampiran.

12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidakditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikantempat sembunyi penceroboh.

13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyaipokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untukmemasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah
rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari
bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunciyang berkualiti.
2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.

3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkaprumah.

4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga danmesra alam) yang mempunyai alat pengesan untukkawalan di luar rumah.

5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera
dan CCTV.

No comments:

Post a Comment