Wednesday, 20 November 2013

Contoh Car Crest Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia


  CONTOH CAR CREST KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA

Car crest hanya untuk ahli berdaftar dan permohonan tertakluk kepada kelulusan
 Jawatankuasa Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia




Monday, 2 September 2013

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH

 Sumber Borang Maklumat Balik Kampung PDRM

TIPS PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH 


Bila kes pecah rumah sering berlaku?


1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang
mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah
tidak mengenali antara satu sama lain.

3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalamaspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumahwalaupun untuk masa yang singkat.

2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.

4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang barujika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewarumah bertukar.

6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yangselamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti
bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
(guna timer, alat kawalan waktu).


9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefonberdering berterusan ataupun pasang sistempesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada dirumah).

10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polisuntuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antarakomuniti dan polis.

11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungidan juga talian balai polis yang berhampiran.

12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidakditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikantempat sembunyi penceroboh.

13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyaipokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untukmemasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah
rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari
bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunciyang berkualiti.
2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.

3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkaprumah.

4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga danmesra alam) yang mempunyai alat pengesan untukkawalan di luar rumah.

5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera
dan CCTV.

Mengurangkan Jenayah


Sumber:-  http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/
Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab06.pdf


Mengurangkan Jenayah

“Jenayah menjejaskan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, jantina mahupun
taraf pendapatan. Demi melindungi yang tersayang, kami telah menetapkan sasaran tinggi untuk
mengurangkan paras jenayah secara ketara, yang mana, saya, selaku Menteri Peneraju yang
berkenaan, bertanggungjawab bagi penyampaiannya. Pencapaian sasaran ini akan memerlukan
usaha bersama oleh kesemua agensi penguatkuasa undang-undang dan juga bantuan daripada
ahli-ahli masyarakat. Sementara kami sudah pun mula melihat tanda-tanda positif berkaitan
jenayah jalanan di peringkat nasional, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mewujudkan
keadaan di mana perasaan takut terhadap jenayah dapat dikurangkan. Dengan segala hormat,
saya mempelawa semua rakyat Malaysia agar berganding bahu dengan semua agensi yang terlibat
dalam membanteras jenayah di setiap peringkat supaya kita semua dapat hidup dalam negara
yang aman dan selamat.”
(Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri)


Mengurangkan jenayah merupakan sebahagian penting daripada rancangan
Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya. Jenayah dan
perasaan takut terhadap jenayah mempengaruhi kualiti hidup rakyat, yang ada
kalanya melibatkan kesan yang sungguh memudaratkan. Jenayah juga mempunyai
kesan yang besar terhadap kemajuan ekonomi. Di United Kingdom, misalnya, para
penyelidik di Home Office (Kementerian Dalam Negeri) menganggarkan kos jenayah
melebihi ₤60 bilion setahun, iaitu lebih 5% daripada KDNK.
Jenayah menjejaskan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira umur, tahap
pendidikan, jantina, bangsa, agama atau kekayaan. Dalam undian, rakyat secara
konsisten mengenal-pasti jenayah sebagai salah satu daripada dua isu utama yang
membimbangkan mereka.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kadar jenayah semakin tinggi. Kadar jenayah indeks16 keseluruhan telah meningkat daripada 746 kes jenayah yang dilapor bagi setiap 100,000 penduduk pada 2006 menjadi 767 pada 2007, iaitu suatu kenaikan hampir 3%. Kadar jenayah indeks kekal stabil pada tahun 2008, dan
walaupun unjuran awalan mencadangkan bahawa kadar ini mungkin menurun pada
2009, banyak lagi yang dapat dilakukan untuk menurunkan lagi kadar jenayah yang
berlaku (terutamanya jenayah kekerasan, yang semakin meningkat).

emandangkan keadaan jenayah dan kepentingan untuk mengurangkan jenayah
buat rakyat, kerajaan telah memilih ini sebagai salah satu daripada enam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Pengurangan jenayah dan perasaan takut terhadap jenayah memerlukan kita
untuk menangani beberapa sifat polariti di Malaysia (Gambarajah 6.2). Jenayah per
kapita berubah dengan banyaknya di seluruh negara ini, begitu juga kesan jenayah
terhadap kualiti hidup rakyatnya. Dengan sumber kewangan yang terhad, kita tidak
boleh bergantung kepada tindak balas tradisional kepada jenayah, di mana pihak
polis bertanggungjawab secara mutlak bagi pengurangan jenayah. Meskipun polis
memang mempunyai peranan penting dalam hubungan ini, suatu pendekatan baru
masih diperlukan.
Kita harus, secara aktifnya, melibatkan pelbagai agensi dalam sistem keadilan
jenayah serta bahagian lain kerajaan pusat dan tempatan dan juga sektor awam.
Penting sekali, pendekatan baru ini perlu juga lebih berasaskan penyertaan
masyarakat dalam pengurangan jenayah. Kesemua ini perlu dilakukan secara
telus, supaya rakyat dapat menyaksikan sendiri kejayaan kita bersama dalam
mengurangkan jenayah.

Sila layari  http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/
Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab06.pdf

Kategori Jenayah

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Jenayah

Kategori:JenayahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Yang berikut ialah 24 daripada 24 buah subkategori dalam kategori ini.

 

C

E

F

J

K

K samb.

O

P

P samb.

R

S

T

U

Subkategori