Monday, 13 April 2015

TUJUAN DAN MATLAMAT KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA (MISI & VISI)

1. Menggalakkan ahli-ahli bersatu padu,disamping dapat membina kekuatan di bawah satu bumbung.

2. Menggalakan  ahli-ahli menyemai semangat bekerjasama dan berganding bahu menghulurkan tenaga membantu masyarakat menghindari kejadian jenayah bagi mencapai hasrat kehidupan komuniti masyarakat lebih selamat,tenteram dan makmur.

3. Menghindarkan ahli-ahli melakukan kegiatan yang bertentangan dengan ''RUKUN NEGARA''.

4. Untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada ahli,mengamalkan disiplin,menghormati Perlembagaan Negara,mengamalkan Rukun Negara,bersatu-padu,hormat menghormati di antara kaum yang berbilang bangsa dan agama untuk membina kekuatan menuju satu matlamat dalam memakmur dan mengekalkan keamanan di Malaysia.

5. Menggalakkan ahli-ahli menyemai semangat bekerjasama untuk membantu masyarakat dan berganding bahu dengan Agensi Kerajaan khususnya untuk menghindari kejadian Jenayah,Dadah dan lain-lain aktiviti yang tidak bermoral bagi mencapai hasrat kehidupan komuniti lebih selamat,harmoni dan aman.

6. Menjadi satu Pusat Informasi ( Command Centre ) untuk membantu khususnya Pihak Kerajaan menyalurkan informasi serta maklumat berkaitan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Pusat untuk rakyat,khususnya dalam bidang Pendidikan,Kemahiran,Peluang Perniagaan,Bantuan Kewangan,kursus-kursus kemahiran jangka pendek atau jangka panjang,peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain supaya ianya dapat disalurkan sehingga ke akar umbi terutamanya bagi masyarakat di luar bandar dengan pelbagai kaedah seperti hebahan poster/banner serta melalui Media Massa dan Elektronik.

7. Menjadi sebagai satu jambatan atau landasan kepada ahli-ahli khususnya dengan pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat untuk menyampaikan apa-apa permasalahan yang timbul di kalangan masyarakat setempat kepada Pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat bagi penambahbaikan dengan secara teratur,beretika dan menurut sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia dengan saluran yang betul tanpa menganggu gugat keamanan Negara.

8. Memupuk serta menanam jati diri yang kuat serta semangat Patriotik dan Cintakan Negara di kalangan ahli.

9. Menanamkan rasa kesedaran dan didikan betapa pentingnya mengamalkan kehidupan tanpa Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah di kalangan ahli khususnya dan masyarakat amnya.

10. Menjalankan serta melaksanakan program-program yang akan memberi kesan positif dari segi sokongan pada pihak Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat untuk menarik minat ahli-ahli bukan Melayu untuk menyertai Pasukan Keselamatan,khususnya Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

11. Menjadi platform dan Pusat Informasi ( Command Centre ) untuk ahli-ahli menyalurkan maklumat yang berkaitan Jenayah,Dadah,Pendatang Haram,Pemerdagangan Manusia,Penderaan Kanak-kanak dan lain-lain Jenayah yang boleh memudaratkan serta menganggu gugat keamanan Negara. Maklumat ini akan disalurkan secara formal dan teratur kepada Jabatan dan Agensi yang berkaitan supaya tindakan Pencegahan Jenayah dan Dadah serta Jenayah lain dapat ditangani dan dibanteras dengan lebih berkesan dan jayanya.

SURAT AKU JANJI (WARGANEGARA)

Dengan ini saya sebagai seorang ahli KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA dengan sesungguhnya berjanji akan mematuhi segala peraturan - peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA . Saya juga berjanji bahawa saya  :-

1. Akan sentiasa taat setia kepada YANG DIPERTUAN AGONG  dan tidak akan melakukan perbuatan atau perlakuan yang mendatangkan kebencian , penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap YANG DIPERTUAN AGONG dan RAJA-RAJA.


2. Akan menghormati PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan tidak akan melakukan Perbuatan atau Perlakuan yang mempersoalkan apa-apa perkara Hak, Taraf Kedudukan, Keistimewaan, Kedaulatan , Prerogatif yang telah ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian 111 Perlembagaan Persekutuan atau perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Pesekutuan.


3. Akan menunaikan tanggungjawab saya sebaik-baiknya dan memberi keutamaan pada Kebajikan Ahli Keluarga Saya dan mereka yang menjadi tanggungjawab saya.


4. Akan Menghormati dan Mengeratkan Perpaduan Antara Kaum dan tidak akan melakukan PERBUATAN atau PERLAKUAN yang mengembangkan NIAT JAHAT dan PERMUSUHAN antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan bangsa di negara ini.


5. Tidak akan membawa atau  cuba membawa sebarang pengaruh atau tekanan dari dalam atau luar negara untuk Memecahkan Keamanan NEGARA MALAYSIA, atau merosakkan imej KERAJAAN MALAYSIA.


6. Tidak akan Mengiktirafkan, Membantu, Memberi sokongan pada mana-mana individu, NGO, atau sesiapa sahaja sama ada langsung atau tidak langsung untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang / peraturan-peraturan NEGARA MALAYSIA untuk memecahkan keamanan NEGARA MALAYSIA.


7. Akan menerapkan nilai-nilai murni sesama ahli semua RAKYAT MALAYSIA dan WARGANEGARA ASING yang berada di MALAYSIA.


8. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan aktiviti dalam KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA untuk faedah diri sendiri atau mendapatkan RASUAH.


9.Tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang berunsurkan JENAYAH, DADAH, atau apa-apa KEGIATAN YANG TIDAK BERMORAL.


10. Akan bekerjasama dengan semua Agensi-agensi Penguatkuasa khususnya KEMENTERIAN DALAM NEGERI, POLIS DIRAJA MALAYSIA, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, JABATAN NARKOTIK, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH, JABATAN IMIGRESEN dan lain-lain agensi penguatkuasa untuk membanteras kegiatan JENAYAH, DADAH, RASUAH dan lain-lain aktiviti yang boleh menjejaskan dan memudaratkan keamanan NEGARA MALAYSIA.


11 . Akan mengguna pakai dan mematuhi undang - undang yang diperuntukkan kepada saya mengikut Kanun Prosedur Jenayah Seksyen 11,12,13 dan 27 atau apa undang-undang lain yang diperuntukan kepada saya semasa menjalankan aktiviti Pencegahan Jenayah, Dadah dan lain-lain khususnya untuk menyalurkan maklumat dan menjalankan tangkapan.


12. Saya juga bersetuju dan bersedia menghadiri UJIAN DADAH yan dianjurkan oleh pihak KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA bersama JABATAN NARKOTIK dan AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN pada bila-bila masa.


Saya sesungguhnya faham, bersetuju dan membenarkan sekiranya saya terlibat dalam kegiatan Jenayah, Dadah atau apa-apa aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang MALAYSIA yang sedang berkuatkuasa, pihak Jawatankuasa KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA BOLEH MENDEDAHKAN MAKLUMAT DAN BEKERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA yang berkaitan untuk diambil tindakan undang- undang kepada diri saya. Jika saya disabitkan kesalahan maka keahlian saya dalam KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA akan ditamatkan serta-merta.


SEMINAR ISU-ISU SEMASA DAN ANCAMANNYA TERHADAP KESELAMATAN NEGARA YANG DIADAKAN DI SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE, SEBERANG JAYA , PULAU PINANG.









Friday, 6 March 2015

PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN BANJIR 2014

Ahli Kelab AJENDA sedang menjalankan kerja-kerja membungkus barang-barang makanan untuk mangsa banjir Pantai Timur.

Bantuan Kebakaran

Setiausaha/AJK Kelab AJENDA membuat lawatan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Nibong Tebal.

Borang keahlian KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA.

Borang Keahlian Kelab Anti Jenayah Dan Dadah

Borang keahlian KELAB ANTI JENAYAH & DADAH MALAYSIA :-

https://docs.google.com/file/d/0B0nftuct0pm-ZXZTTUVUcUpZRlk/edit?usp=sharing

 Sila klik link di atas untuk mendapatkan borang keahlian. Setelah borang lengkap diisi, sila email ke setiausahaajenda@gmail.com untuk langkah seterusnya. Keahlian baru perlu disokong oleh mana mana ahli jawatankuasa Kelab Anti Jenayah & Dadah Malaysia.

Thursday, 5 March 2015

Bantuan Bencana Alam di Pantai Timur

Program penyerahan bantuan bencana banjir kepada Polis Di Raja Malaysia Pulau Pinang di Ibu Pejabat Daerah SPT